Berikut adalah antara amalan-amalan Rasulullah saw buat ikutan kita
sebagai ummatnya.Biarpun tidak semua dapat kita ikuti, cubalah untuk
beristiqamah dengan apa yang kita termampu. Semoga ianya dapat
memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan
seharian.Insyaallah.
Amalan:
Amalan yang paling
disukai oleh Rasulullah SAW ialah kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.
(Riwayat Termizi dan Nasai daripada Aisyah dan Ummu Salamah)
Puasa:
Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu Majah)
Tahajjud:
Rasulullah
SAW bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki
Baginda (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasai, Ibnu Majah kepada
Mughirah)
Pakaian:
Adalah pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah.
Bertemu:
Adalah
Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia akan berdiri
menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah
kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan; Assalamualaikum. (Riwayat
Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)
Sujud syukur:
Apabila
Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya
Baginda akan terus sujud syukur pada Allah SWT (Riwayat Abu Daud dan
Ibnu Majah daripada Abi Bakrah.
Berbaring:
Apabila
Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), Beliau akan meletakkan
tangan kanannya di bawah pipi kanannya (Riwayat Tabrani daripada
Hafsah)
Makan:
Adalah Rasulullah SAW apabila beliau
makan tengah hari Baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau
beliau makan malam beliau tak akan makan tengahari (Riwayat Abi Na'im
daripada Abi Sa'id)
Berwuduk:
Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan meyelati janggutnya dengan air (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)
Ketawa:
Apabila Rasulullah SAW ketawa, Baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya (Riwayat Baghawi daripada Walid Murrah)
Istighfar:
Apabila
Rasulullah SAW menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun
meninggalkannya, Baginda akan beristigfar sebanyak sepuluh hingga lima
belas kali (Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi Umamah)
Berani:
Adalah
Rasulullah SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling
berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)
Benci dusta:
Adalah perangai yang sangat dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)
Marah:
Apabila
Rasulullah SAW marah dan baginda dalam keadaan berdiri baginda akan
duduk , dan jikalau sedang duduk baginda akan berbaring, hingga
hilanglah marahnya (Riwayat Tebrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu
Salamah)
Beri salam kepada kanak-kanak:
Apabila Rasulullah lalu di hadapan anak-anak, Rasulullah SAW akan beri salam (Riwayat Bukhari kepada Anas)
Memotong kuku:
Rasulullah
SAW memotong kuku dan menggunting misainya pada hari Jumaat sebelum
keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar