Sabtu, 05 November 2011

30 Qusum dan Maqam Jasadnya dalam Tubuh

POHON HURUF : Bermula ada pun Pohon Huruf itu dinamakan Pohon Hayat,
yaitulah Al-Ruh Al-Idhafi. Maka atas kelimpahan Ruh Idhafi itulah terdirinya
28 bilangan Huruf Hijaeyah itu. Menurut pendapat Ahli Hurufiah kalo dikatakan
Huruf Hijaeyah itu ianya mengandungi 28 huruf, kerana 28 huruf itu ada
nilainya. Maka ada sesetengah Mursyid Tareqat Hurufiah menamakan dengan
nama Huruf Qusum kerana ianya mengandungi 30 Huruf, yakni dikira 2 huruf
lagi yang tiada nilainya, maka jadilah 30 huruf. Maka dengan adanya 30 huruf
itulah maka dinamakan ia 30 Huruf Qusum, sebagaimana termaktub dalam
awal-awal Muqaddam.

Maka 30 Huruf Qusum itu bukanlah sesuatu yang diluar dari kita, tetapi
adalah menceritakan hikayat kejadian kita jua. Maka sebab itu ianya ada
maqam-maqamnya pada anggota jasad kita itu. Maka pada kacamata setiap
Guru berlainan pula kedudukannya. Oleh itu janganlah kita bersalah-salahan,
semuanya itu adalah benar. Kerana setiap Guru itu ada kefahaman dan
kaedahnya masing-masing.

Maka bagi setiap Huruf Qusum itu sewajarnya diketahui perkara berikut:

(1) Ada Membawa Maksud Yang Tersendiri, Contohnya :
Huruf ALIF - Membawa maksud ghaib semata-mata.
Huruf BA - Membawa maksud kebendaan.
Huruf TA - Bermaksud seperti BA, tetapi lebeh sempurna.
Huruf THA - Bermaksud seperti TA dan BA, tetapi lebeh halus lagi.
Dan begitulah seterusnya.....

(2) Ada Nilai Angkanya, Contohnya:
Huruf ALIF - Nilainya 1.
Huruf BA - Nilainya 2.
Huruf TA - Nilainya 400.
Huruf THA - Nilainya 500.
Dan begitulah seterusnya.....

(3) Ada Malaikat Muakal Yang Menjaganya.
Yang ini amat rumit untuk diketahui, melainkan diberitahu oleh mereka
Yang Ariff, atau oleh mereka Ahli Hurufiah. Maka setiap zaman Malaikat
petugas dan penjaga berubah, sesuai dengan perubahan zaman.

(4) Ada Maqamnya Pada Anggota Jasad Kita :
Yang ini telah dipaparkan oleh saudara-saudara kita. Perbezaan maqam-
maqamnya adalah pada furuk-furuknya aja. Semua pendapat itu adalah
benar belaka kerana masing-masing ada rahsia tersendiri.

(5) Ada Pasangannya Dengan Huruf Yang Lain, Contohnya:
Huruf ALIF - 1
Huruf YA - 10
Huruf QAF - 100
Huruf GHAIN - 1000
Jumlahnya = 1111 = 4 = DAL.....

Huruf ALIF ini super special sikit kerana ianya ada 4 huruf pasangannya.
Huruf yang lain semua kombinasi pasangannya adalah 3 huruf sahaja.
Cuba cari pasangannya supaya kombinasinya ada 4 huruf juga.

(6) Apakah Nama Allah Bagi Setiap Huruf ?:
Yang ini sukar diketahui melainkan kita belajar dari Ahli Hurufiah,
atau akan ada saudara kita yang akan memaparkan infonya.

(7) Apakah Nama Muhammad Bagi Setiap Huruf ?:
Yang ini juga sukar diketahui, juga bisa dipelajari dari Ahli Hurufiah,
atau mungkin akan ada saudara kita yang akan menjelaskannya.

(8) Akhir Sekali Apakah Nama Kita Atas Huruf ? :
Ada satu (1) huruf yang dominen bagi setiap kita. Walau pun
30 Huruf Qusum itu ada pada setiap orang Islam yang Mukmin,
tetapi pada setiap seorang itu ada satu (1) Huruf Qusum yang
lebeh dominan baginya.

Berkata Syeikh Talib Naem As-Saufi : "Ada pun Idhafi itu didalam
Diri, dan Diri itu didalam Idhafi. Apabila datang pekerjaan Idhafi maka
tinggalkan pekerjaan akal. Dalam Idhafi itulah kamu mengenal rahsianya
huruf-huruf serta Nama-Nama Tuhan bagi kamu".

Bermadah pula Shah Waliyullah : "Ada pun rahsianya huruf itu
ibarat lautan ilmu yang dalam. Melalui kemurahan Tuhanku aku menjadi
lautan ilmu. Semuanya benar apabila hijab tersingkap, maka lidahku
menjadi pedang yang tajam tanpa kecacatan. Lautan ilmuku tidak akan
cetek oleh timba yang menceduk air darinya".

Berkata pula Syeikh Ahmad Muhammad Abdullah : "Kalau nama
atas huruf kita bukan nama ALIF, maka janganlah kita bermati-matian
mahu nama ALIF, sedangkan kita tidak layak memakai baju tersebut.
Nama atas huruf ALIF adalah khas bagi Nabi Muhamamd SAW, Imam Mahadi,
Para Wali dan orang-orang pilihan Allah. Peringkat awalnya kita carilah nama
kita atas huruf dan kemuncaknya pada huruf "LAM ALIF"......".

Pendeknya Ilmu Hurufiah itu bukanlah bisa dikaji secara bahasa dan akal.
Melainkan ianya dianugerahkan Allah Azzawajalla itu sendiri.....

.....Wallahua'lam.....Sekadar renungan.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar